Lady Bug Note Generators

(: Bunga VS Kumbang Saye :)

Tuesday, September 10, 2013

KAMU SAJA

suke plak layan lagu ainan ni..sambil feeling2 wajah orang tercayam..hehehe .jgn meluat2 ehh. pelishh..^_^


jom layan lirik lagu ainan tasnem ni..tajuk lagu "KAMU SAJA"

Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira

Tak pernah terlintas di hatiku ini
Untuk curangi dan berpaling pada yang lain
Namamu saja yang terukir di hati
Kau menerangi diriku di kala ku sepi

Hanya kamu saja yang mampu membuatku selalu ceria
Kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
Kamu saja yang mampu membuat ku jatuh cinta
Kamu saja yang mampu membuat diriku bahagia

Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira


nak dga cane lagu ni..meh cni dga akak nk nyanyi ni..hihii..

takda lah,,pogilah search kat youtube nun sane! ok!

Thursday, August 29, 2013

raya ngan nuffnang! bukan tunang yeee :D

hyeeeeee ols..nak raye with nuffnang & papa john???

just nk shareeeee newsletter dr nuffnangs!

Nuffnang Newsletter
nuffnang logoNuffnang Malaysia
Wed, 28 Aug 2013

Celebrate Raya with Nuffnang and Papa John’s Pizza

Hello Nuffnangers!

Although the Hari Raya festivities will soon be over, that doesn’t mean we should stop the celebration!
Thus, we would like to invite all our amazing Nuffnangers to come celebrate Raya with Nuffnang and Papa John’s Pizza this September!
If you would like to join us for some top-notch pizza this Raya, we will be giving out 25 pairs of invites for you to join our Raya celebration! Here are the details:

Date: 7th of September 2013 (Saturday)
Time: 7PM - 10PM
Venue: Papa John's Pizza, Centrepoint Bandar Utama
What you need to do to get win yourself a pair of invites is:
1. Snap a picture of yourself in the Papa John's colours - red, green and white!
For example:
papa johns

2. Share it on Instagram. Be sure to tag @Nuffnang and #PapaJohnsMalaysia.
3. Fill in the form HERE. Don’t forget to include your Instagram permalink!
4. The deadline to submit your entry is by 12pm, 2nd September 2013 (Monday).

berminat nk join? sooooo?? tunggu ape lagi? :D

Monday, August 26, 2013

HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL


HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL







Semoga Allah mempermudahkan jalanku menuju KEJAYAAN..

Usaha Doa Tawaqal..


Ya ALLAH..mempermudahkan jalan..jgn dipersulitkan..

permudahkanlahh yaaa ALLAH..







Monday, June 24, 2013

BULAN RUPAWAN

Assalamualaikum. Selamat Isnin. Semalam Malam Nisfu Syaaban dan semalam jgk tejadinye fenomena superMOON. 
Subhanallah. Itu tanda kekuasaan ALLAH yang meliputi segala langit dan bumi dan semua adalah Miliknya yang kekal abadi.

 gambar bulan yg sangat rupawan.




Saya seperti nampak seorang hambaNya yg sedang berdoa dalam gambaran bulan tu..
Tak tahulah mungkin itu tafsiran mata saya. setiap dari kita melihatnya dari kaca mata berbeza..Subhanallah.Alhamdulillah..Allahuakbar.

Ya Allah.Ampuni kami Ya Allah.
Turunkanlah nikmat dan hujan Rahmat MU di negeri kami yang dilanda jerebu..
Ampuni kami Ya Allah. Kasihani kami Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..



Friday, June 21, 2013

ALLAH LOVE U


ALLAH LOVE U.
YES

I LOVE ALLAH.MORE THAN I LOVE MY SELF.






naknangis.

Thursday, June 20, 2013

PEN MERAH PEN BIRU

hi!!!! lame gilerz x say hi kt blog ai ni. yaaaaaa. lame kot hampir setengah ta0n. sebab xtahu nk menulis ape.

and yes..klo boleh after the longggggggggggggg longgggggggg time ago tidak menulis..rasenye perlu berjinak merpati kembali. hihihiihi.
atleast dapat merembeskan segala perasaan yg terbuku buku di hati.
yaa.its like..paspasni bile dah tua boleh mengenang kembali.

OK. tak mahu bebel banyak..just nk share yg ni ajerzzzzzzz.
PEN MERAH. PEN BIRU.

eh ade lagu yuna laaaaa..layannnnzzz!

Okai??? okai ke tidak??okai ke tidakk??  :))) 


actly life is not so boring. kan?..if we know how to nikmatinya..yes. sumtime we rase arrghhhhh!!! boring giler lah! heyy.u ni memboringkanlaah..ape u buat ni? wut the achievement yg u dah dapat semenjak lahir ke dunia untill now?? ape?? yang tu mebi kite kene duduk balik and list kan..mesti pjg jela2 kan.
tadi pagi tengok mengejar impian. rancangan tanyelah ustaz . tiap pagi kol tujoh bukak tv canel semilan. :)
hmm..dalam mengejar impian sebenarnye kita mengejar kehidupan kite selepas mati. our future yang sebenar benarnya adalah akhirat. jadi segala apa yg Allah suruh semua untuk kebaikan dan kebahagian akhirat. Insha Allah..kena kuatkan tekad. istiqamah dalam buat apa yg wajib dan memperbanyakkan yg sunat. kadang2 terlupa tapi kena selalu ingatkan diri.pencatat kiri kanan sentiasa setia mencatat segala perbuatan kita. lupakan trus bile niat nak ke arah keburukan. cecepat istigfar. Astagfirullahalazim.Astagfirullahalazim.Astagfirullahalazim.

sumtime we jelly bile pandang kiri kanan. hello. kwn2 awk semua dah ade anak ampat lah. at that time..u feel that time flies so fast..kjp nye rase..baru lps STPM kot, baru lepas GRAD kot. senanye tu dah 4-5years past..

dan senanye sekiranye kite jelly dgn perkara kebaikan. kate ustaz. tidaklah salah. contohnye..kwn kita derma serinngit..kite up siket .derma 2ringgit..rebot2 utk kumpol pahala. dan kire camtulah gayenye itu sgt OK. bagus.  :)

yes. thru this life..dari kecik sampai besar sampai hari ini..Ya ALLAH. syukur Alhamdulillah. teramat banyak terima kasih pd ibu bapa kita..Terima Kasih Maa & Ayah.
bile kenang kembali masa lalu...perjalanan hidup didunia ni..pelbagai cabaran.ujian.nikmat..semuanya sebab ALLAH SAYANG KITA.

ingat itu aje dah cukup.cukup untuk rasa bahagia.dan semoga hari hari yang dilalui kita redha atas susunan yang Allah aturkan .

eh.panjang pulak entry kite ptg ni..sayu pulak rs hati. kbai.


Sunday, November 4, 2012

Dhuha

KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Hikmahnya menunaikan Dhuha, Ianya Amalan Berbentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri



Wednesday, October 17, 2012

Tuhan beri aku cinta




hye ols..sekian lame tak menulis..hehe..arini tetibe nk hapdet..td
denga kt utube lagu ni,,Tuhan beri aku cinta..ni song by ayushita,,td denga lagu ni sedapp..then layan lirik plak..ok..bleh masok kepale..hehe..so nk share kt blog..:)

klik link ni utk dengaa..sweet lagu nii

usha2 fesbuk,,ade frens yg share doa niee..so, i nk share jgk kt blog..mudah-mudahan perjalanan hidup kita tak sunyi dan penuh rasa cinta pada ALLAH swt, Rasulullah saw, keluarga tercinta, kawan-kawan yang tersayang..dan 'adam' yang dinanti :)


Ya Allah, aku bermohon dariMu untuk seseorang yang akan menjadi sebahagian hidupku,
seseorang yang sungguh mencintaimu lebih daripada sesuatu..
seseorang yang hidup bukan untuk dirinya.tetapi untukMU..
seseorang yang tulus mencintaiku keranaMU..
seseorang yang mempunyai hati yang baik,, dan memiliki keinginan untuk meneladani sifat-sifat Agung Mu..

Ya Allah, hadirkanlah seorang lelaki dalam hidupku yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup,, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia, 
Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas.

Seorang yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.

Seorang yang mencintaiku bukan kerana rupa parasku, tetapi kerana hatiku.
seorang yang dapat menegurku saatku berbuat salah..

Seorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi.

Seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita

ketika berada di sebelahnya.

Ya Allah... aku tidak meminta seorang yang sempurna, namun aku meminta seorang yang dapat menyempurnakan kehidupanku, sehingga kami dapat membuatnya sempurna pada pandangan Mu.




Seorang yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.


Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seseorang yang inginkan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.


Seseorang yang inginkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.


Ya Allah... aku juga memohon... buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat suamiku itu bangga.


Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai Mu, sehingga
aku dapat mencintainya dengan cinta Mu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.


Kurniakanlah Sifat Mu yang lembut sehingga kecantikanku datang
dari Mu bukan dari luar diriku.


Berilah aku tangan Mu sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.


Berikanlah aku penglihatan Mu sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk sahaja.


Berikan aku mulut Mu yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan Mu dan pemberi semangat, sehingga aku dapat menyokongnya setiap hari,


dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.



dan selalu memberikan semangat untuknya.




Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan, "Betapa besarnya Allah kerana Dia telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna".


Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Engkau tentukan....




Saturday, December 31, 2011

ini entry akhir tahun 0keyy :))

salam,

hye  uols..sempena date today..31.12.2011..
aii nk apdet somthing sepesel kekononnye supaya adelaaa entry sempena ujung tahun niehaaaa kenn..huhuu
lame gilak x apdet blog since besdayy aii yg ke 16 aritu kennn...wahhh..very da lame kenn..saba jela uols,

ade yg rindu hasil taipan aii tak???ade? ade? h0hohoo...oke gurau2 joking jerrr uols..jgn sentappppp lebeyy sudeyy okehh..siket2 sudey ;)

so, kali ni..aii just nk share 1 lagu yg wat aii tacing habis n layan jiwang habeslahhh..-..-
siap hafal lirik nihaa ..bukan lupe lirik yerr uols..muehehee..
siap karok kat utube sampai leteh n hilang vokal da nihaaa..fuhhh -,,-

disebabkan aii memey hafal lirik lagu ni..so aii nk share ngan uols semua lirik yg amat tacing nih,,
lirik ni aii hafal n tulis tau..(even search n kopipes jee kat google) hohoh00..bukan uols taw pon kan.ssshhh..shhh. (rahsie ) -,,-

oke..meh kita layan lirik lagu ni...  

(Pelengkap Hidupku :Eren Ft Romi)


Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia



so, sesape yg blom lengkap lg idop die(ckp kat diri sdri, monolog ke hape?)..bole laa amik apetu org kate..motibasi? eh yeke??hehe amik la pape yg berpekdah yg penting positip. (positipkah lirik lagu ni )hope sooo..:)
marilah kita bersama2 berusaha, berdoa ,dlm pencarian mr/ms future kita
mudahan2 Allah permudahkan jodoh dan pertemuan kita dan jodoh kita. Aminnnnn.
:)


*ada cam tokoh politik tak seruan diatas ni??*huhu.


yelah, umur kita makin hari makin mude..
malah yg bertanye soklan same, bile nk tawen,,bile nk tawen..aihh..leteh mak nk jawabnyee..alahaii
camnilah,,
klo aii kawin thn dpn oke tak??;)
msti okei tersangatlah lettew kennn ;)
okla..tanak cakap pepanjang,,
setakat ni je dulu..
nanti kite jumpe lagi taon dpn,
InsyAllah.


welkam 2012..pls be nice to me yaa :)






HEPI NEW YEAR  2012
TO OLS!!


 ^________^


semoga segalanya akan lebeh baik dan terbest utk kalian semua dan juga saya dalam melalui suatu lagi episod perjalanan dan persinggahan dlm kehidupan kita di dunia ini. Yang baik itu teruskan, dan yang kurang baek itu sama-sama kita perbaiki kearah kehidupan yg lebeh baik... ;)




darihatisaya ke hatikamu, : )


with love: cewawavictoria

Saturday, October 8, 2011

THANK YOU ALLAH FOR ANOTHER 8 OCTOBER :)

08.10.2011
Music: songs by Maher Zain
Location: Bedroom
Status: :)

Assalamulaikum.
Ekceli  dis entry dilahirkan as special dedication to da dis blog’s owner! Happy birthday to me ! :))
*Eececehh.. tak maluu erkk wish diri sdri?* haha..kesahh??* klo diri sendiri tak wt entry ni agak2 ade kew yg nk wat entry tuk aii ni kann nyahhh. Mak dala tak glams..ngaaaaaaaa. >..< kusedar diri ini..-..-
oke..setopp mencarut mengarut bagai..meh kite berhepi2 di hari bahagia ini..:)


 Ya Allah..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, menghadiahkan ku usia sepanjang ke hari ini..
Arini genaplah 26 tahun  16 tahun perjalanan di muka bumiMu Ya Allah.
Terima Kasih Ya Allah, izinkan aku mengisi ruang waktuMu ni..berkatilah setiap langkah ku, berkatilah rezeki dan rahmatilah usiaku, berkatilah ilmuku, permudahkan dan perluaskanlah rezekiku. Berikanlah aku kejayaan dan kebahagiaan sebagaimana kau berikan kepada hamba-hambaMu yang beriman. Ya Alllah, tunjukkanlah ku jalan kebenaranMu, jauhilah aku dari kesesatan, Perteguhkanlah imanku, jauhilah aku dari kemungkaran. Ya Allah jadikanlah aku antara hambaMu yang terbaik, yang mendengar dan taat atas segala perintahMu. Ampunkan aku ya Allah, Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang Kau berikan selama ini. Syukur Alhamdulillah.

Kat sini jugak nak ucapkan TERIMA KASIH kat kwn2 yg bg wish kat kite..tengkiyuuu uolss..:))
Sob.sobs..*kite terharuu awwh*see kuar air mate darahh. ngehngeh..


Kat sini jugak nk ucapkan TERIMA KASIH kat uncle NUFFNANG & TGV CINEMA’S yang bagi buffday gift suprise kata kite..ngaaaaaaa..*terharu gugurls* sobb..sobbss...manyak2 tengkiyuu yaaa..nti aii dtg collect  kat opis uols..ngaaaaaa..(empat pass for any movie kat TGV Cinemas jerr?) hehe..papepon trime kasih yg tak terhingga...^___________^

huhuu..sape nk ikowt kite..meh..meh!! :D
* Muahhh3 cyg uncle Nuff!! pasni bagi laa cek pulaksss..nk gak merase..ngaaaaaa*

1st tyme dpt gift dr nuffnang!! TQ yaaaaaa! Muahhxxx- foto from google



Till Then..Caoooo..Nite!!..Heppi Sleep and suweet dreamcumtrue :)



Love, Cik Wawa Victoria